Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Sep-2009 01:43 Email | Share | Bookmark
Aidilfitri 1430 & Juadah Raya (Pt 1)

 
 
 
 
 
 
Kami di Brunei beraya lewat sehari.....raya hari Isnin. Anak2 cakap tak bestnya raya lambat dari Msia. Hari Ahad di hari terakhir kami berpuasa..... tengok tv M'sia ada takbir raya... siar lagu2 dan program raya aduhai tak sabarnya nak beraya jugak.....

Thn ini tak ada warna tema...baju raya campur2 warna...hero2 berempat aja pakai sedondon.... baju biru posing utk kad raya tu baju raya thn ni. Syakirah pula tunggu raya thn depan baru nak tempah baju kurung..thn ni kecik sgt kalau tempah bajunya...
Kelazimannya di sini sepjg beraya sebulan Syawal bila pergi beraya ...kecik besar...tua muda akan pakai baju Melayu lengkap bukan sekadar hari raya pertama.



**Anak-anak bergambar dpn kereta Ferari......tak dpt naik tumpang posingpun jadilah..... Ni masa balik beraya dari rumah kawan di sebuah apt...di tempat parking utama tengok ada kereta Ferari berderet dgn lain2 kereta mewah...semua kereta guna plet no hujung yg sama....mungkin pemiliknya org yg sama.

Juadah Hari Raya Pertama



Beberapa hari sebelum raya dok fikir2 menu apa nak masak utk hari raya pertama ....rendang dgn ketupat sudah pasti... menu utama raya. Utk ketupat rebus ketupat segera saja. Lain2 menu tambahan yg difikirkan.... Akhirnya dpt idea masak nasi Arab resepi K.Liza...sbb dah lama nak cuba, mkn dgn lauk dalca daging, sepatutnya mkn dgn ayam tandori tp buat ayam goreng berempah serai.... teringin nak masak bila tengok ramai kawan2 dah cuba. Selain itu buat laksa penang...nasib baik masa beli bunga kantan ada seikat aja yg tinggal. Utk kek tak buat kek yg cangih-cangih...buat fudge brownies aje..... Selain itu hidang juga acar buah yg dibuat masa bulan puasa lagi dan serunding ikan yg dibeli.

Quote:

NASI ARAB
Sumber; Fp K.Liza ...tk K.Liza
Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas-tak letak
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng,gula,garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

Quote:

Ayam Goreng Berempah Serai.
Sumber; love2cook My Resepi

Bahan-bahan ( Sekeluarga )
* 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
* Bahan2 dikisar bersama:-
* 6 ulas bawang putih
* 7 ulas bawang merah
* 2 inci halia
* 2 batang serai
* ---------------------------------------
* 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
* 2 sb serbuk kari daging
* 1/2 sk serbuk jintan putih
* 1/2 sk serbuk jintan manis
* 1/2 sk serbuk ketumbar
* 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
* garam dan aji secukupnye
* 3 tangkai daun kari
* Minyak yang menggoreng

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!


Kawan Dtg Beraya



Setiap hidangan yg disediakan masak tak byk.....bila ada baby ni terkejar2 sikit masa di dapur. Masak serba sikit sekadar utk kami sekeluarga dan 2-3 keluarga.... kawan berdekatan dgn rumah...tinggal sekampung dgn kami di sini...yg biasa kami saling ziarahi pada raya pertama. Tak buat open housepun. Sebelah pagi rumah kami turut dikunjungi tetamu cilik...budak2 kg sini...dtg beraya beramai2 dari rumah kerumah....mengutip duit raya.....

Beraya di rumah kawan-kawan

Sebhg gambar yg diambil semasa beraya di rumah teman-teman.....tak bykpun gambar yg sempat diambil....sibuk sembang2 dan mkn-makan...



**Syakirah sedang dipangku oleh kawan mama....good girl Syakirah sapa2 ambil dia tak kisah.... Masa keluar beraya Syakirah tak meragam sgt....lega mama risau gak dia meragam bila byk jln2 takut dia penat. Abg Syafiq yg tadika pula bila org tanya apa nama adik, dia cakap adik nama Syakirah Aeda tp panggil ayu....ada-ada aja Syafiq ni...

Hari raya pertama kami sempat beraya di 5 buah rumah yg buat open house ....semua hidang makanan yg berat-berat ...kebykkan hidang nasi......nasi beriani..nasi dagang..ada juga lontong dgn soto...kenyang betul.....
Raya kedua sempat beraya 4 buah rumah saja..nasi juga menu utama. Teman kami ajak konvoi beraya ke beberapa buah rumah lagi.....dah tak larat..perut dah kenyang...balik rehat.......
Raya ke 3 ...anak2 tanya tak ada open house ke...mana ada, org dah mula kerja...rehat di rumah saja sbb Mr Husbenpun dah kerja. Tapi belah ptg dpt call, kwn husben jemput open house di rumahnya...kali ni hidangan roti jala cicah kuah durian dan kari serta lontong....makan lagi....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net