Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 1-Oct-2009 08:53 Email | Share | Bookmark
Syakirah dah 3 bulan & Sup Tulang Siam

 
 
 
 
 
Citer raya belum habis lagi tp tangguh dulu ....hari nipun ada pergi open house,jiran dpn rumah yg juga officemate husben..menu nasi campur . Esokpun belah ptg ada jemputan rumah terbuka...lusapun ada.Nampaknya mama gantung periuk kuali 2-3 hari ni...

Syakirah dah 3 bulan



Entry kali ni kisah buah hati mama yg paling bongsu Syakirah Aeda...dah 3 bulan usianya. Semlm ptg bawa ke klinik utk check-up...nasib baik tak ramai...hanya beberapa baby termasuk sepsg bayi kembar perempuan dlm usia 5-6 bulan...suka tengok pakai baju sama....comeii. Nurse di klinikpun kenal mesra sbb masa check up mengandungkan Syakirahpun dgn mrk. Masa kena injek Syakirah menjerit ...terkejut tp nangis sekejap saja. Balik terus bagi ubat demam....hari ni dia ceria..syukur tak demam.
Quote:

Perkembangan 3 bulan;
Berat; 6.87 kg
Tinggi; 68 cm


**Abg Syazrin nak posing juga dgn Syakirah..masa ni bersiap2 nak keluar beraya...

Syakirah sejak umur 2 1/2 bulan dah suka 'cakap'....macam2 bunyi ada...... Kalau dilayan sembang lagilah byk dia 'cakap'....kdg2 sampai termuncung-muncung mulutnya..sungguh-sungguh 'bercakap'...peramah betul... Wpun tak faham......abg2 nya kalau dengar Syakirah cakap cukup suka...... Syakirah kalau dok diam2 dia suka angkat bajunya hingga nampak perut...ditarik hujung baju cuba dimasukkan dlm mulut...abg Syazrin cakap cekci baby Kirah nampak perut..... Baju2 raya ada beli saiz 3-6 bulan...cukup2 muat aja....rasanya bila umur 4 bulan dah sendat.....lain kali kena beli baju saiz 6-12 bulan...
Skrg ni Syakirah dah mula pandai buat buih....org tua2 kata bila baby mula buat buih rambut kita byk yg akan gugur.....mmg ada benarnya sejak anak pertama lagi gitu.Tp tak tahu apa kaitan buih mulut baby dgn rambut kita..... Ada sapa2 tahu........

Sup Tulang Siam



Habis citer ttg Syakirah....citer ttg makanan pula. Raya ke 3...belah siang tak ada jemputan jadi masak utk lunch. Tukar selera rasa nak makan sup...dah tak nak lauk bersantan. Kali ni cuba resepi Sup Tulang Siam...kelainan sup ni sbb letak cili padi dan bila nak mkn perah limau biar masam2...sedap....tambahan pula goreng ikan masin dan mkn dgn ulam2...bertambah2 nasi......
Quote:

Sup Tulang Siam
Sumber; Periuktanah.blogspot...tk tuanpunya resepi ....

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil- guna 1 kg tulang biasa yg byk isi
200 gm daging campur (yang segar ye..)
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak ada
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa.
2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net