Want your
own Fotopage?






 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 7-Oct-2009 22:36 Email | Share | Bookmark
Nasi Mandhi@Mandy & Ayam Bakar

Ayam belum bakar
bungkus&ready masuk oven
dah masak
 
 
 
 
Sebenarnya dah lama teringin nak cuba Nasi Mandhi @ Mandy ...tengok di blog/FP kawan2 yg dok kat Arab juga kawan2 yg mkn nasi Mandy di restoren Arab nampak sedapnya. Masa mengandungkan Syakirah cari juga di yellow pages restoren Arab disini...bila tengok menu tak ada nasi Mandy tp tahulah kut ada tp tak perasan. Nasib baik bukan kes mengidam sgt...saja2 nak mkn.......kalau tidak dah kempunan dibuatnya....
Citer pasal mengidam ni teringat masa mengandungkan abg2 dulu paling suka roti capati, nan dan roti tempayan cicah kuah kari..selalu beli, roti canai tak nak......nasib baik senang cari kedai yg jual. Masa mengandungkan Syakirah tak pula mengidam nak roti ni...lain selera mengandungkan girl rupanya....

Dah melalut kisah mengidam pulak.....ok balik semula kisah nasi Mandhi..... Bulan Ramadhan lepas masa ronda2 dapur siber cari idea apa nak masak buat berbuka...terjumpa resepi nasi Mandhi di blog Resepiraidah. Bila tengok bahan2nya byk yg ada di rumah cuma beras basmathi aja yg tak ada,nak keluar malas wpun kedai dkt aja. Tapi Mr Husben rajin nak ke kedai belikan beras....jadi ptg tu terhidanglah set nasi Mandy buat kami sekeluarga berbuka. Anak-anak dok gelak bila sebut nama nasi ni nasi mandy... nasipun kena mandi.....



Sebab nak rasa ala2 makan macam di restoren Arab...hidangkan nasi dalam talam...tp talam ni saiz sederhana aja..mkn berdua bolehlah...talam ni biasa guna buat kukus laksam. Anak2 heran apalah mama ni mkn dlm talam.....mrk dok senyum2 kat mama...
Nampak byk tp mama berjaya habiskan nasi dalam talam ni sorang2, mula2 nak mkn separuh aja..bila dah berselera habis semuanya..... hu..hu...byknya mkn...baru je turun berat masa pantang hari tu....ni byk mkn naik balik...skrg ni byk open house..lagi naik.. . Memang sedap nasi Mandhi dgn ayam bakar ...kena dgn selera...org lain tak tahulah. Kelainan nasi ni sbb tak letak susu. Ayamnya pula rasa masam2 sikit sbb jus lemon meresap dlm ayam masa bakar.....

Terimakasih Raidah sudi kongsi resepi...
Quote:


Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit...tu yg nampak sikit2 hitam....


Quote:


Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.

Quote:


Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net