Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 15-Oct-2009 01:51 Email | Share | Bookmark
Kenangan Iftar di HICOM & Acar Buah

 
 
 
 
 
Masih kisah makan2 tp bukan open house sebaliknya kisah majlis berbuka Ramadhan lalu. Open house masih ada...dah dpt beberapa jemputan minggu ni wpun dah penghujung Syawal.... xtvt makan....makan lagi....
Citer berbuka bulan posa tertangguh sbb nak bagi laluan entry raya terlebih dahulu.Lagipun kisah berbuka ni masa minggu terakhir Ramadhan..... masa tu tgh sibuk tayang biskut raya dan gantung kad raya...tak sempat nak update citer ni....
Wpun Ramadhan dah berlalu nak kongsi juga dgn kawan2 dan sbg kenangan buat kami semperna Ramadhan terakhir dpt berbuka di HICOM/Kedutaan, InsyaAllah Ramadhan thn depan berpuasa di sem.



Seperti thn2 lepas....setiap hujung minggu sepjg bulan Ramadhan ada majlis berbuka yg diadakan di HICOM. Sumbangan majlis berbuka dtg dari HICOM sendiri, PKMS dan org perseorangan. Selepas berbuka diikuti solat jemaah dan terawikh dan tazkirah.



Semasa berbuka minggu terakhir tempoh hari turut diadakan juga majlis penyampaian sumbangan utk anak2 yatim dan berbuka dgn anak2 yatim. Dato duta dan datin telah dijemput utk menyampaikan sumbangan kepada anak2 yatim.



Setiap minggu pelbagai lauk pauk dihidangkan utk para hadirin menjamu selera...bertukar2 menu. Biasa berbuka dulu dgn buah kurma,bubur....solat jemaah Maghrib. Lepas tu baru makan. Anak-anak mmg suka kalau bagitau nak berbuka di HICOM sbb dpt jumpa kawan2.....



Tk utk Mr husben tolong ambil semua gambar2 ni.....mama segan sbb ramai org.... lagi satu sibuk nak makan-makan......

Quote:
Acar Buah

Acar buah nipun buat masa posa tempoh hari. Suka mkn acar buah ni terutama bila bulan puasa.Kebetulan masih byk buah kurma yg dpt sebelum puasa.....habis Ramadhanpun jangka berlebih, jadi campurkan dlm acar buah dgn lain2 buah.


Acar Buah
sumber; Majalah Rasa 2008

Bahan
10 biji jeruk belimbing
10 biji buah prun
10 buah bidara
10 biji jeruk limau
240 gm jeruk buah pala
240 gm kismis
125 gm gula
125 gm cuka
125 gm cili boh - guna cili kering dah blender
15 ulas bawang putih-belah 2
20 biji bawang merah - belah 2
1.2 cm halia - belah dua
garam
**buah yg digunakan; 340 gm dried cherry apple - potong kecil
300 gm kurma - buang biji potong kecil
200 gm kismis campuran
10 biji limau kasturi - belah 2

Cara
1.Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga pecah minyak
2.Selepas itu masukkan cuka,gula dan garam.kacau rata
3.Kemudian masukkan bawang merha,bawang putih dan halia.kacau perlahan2
4.Masukkan semua buah2an tadi dan kacau rata
5.Sudah masak , boleh angkat dr api.
**sebelum mkn tabur bijan yg dah disagai


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net