Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 27-Oct-2009 00:16 Email | Share | Bookmark
Chocolate Banana Cake & Air Longan

sponge cake sebelum belah
tgh filing dg pisang&cho mouse
kek dah siap letak pisang
selimut kek dgn cho mousse
dah tinggah separuh
 
 
 
 
Chocolate Banana Cake



Kek cho pisang antara kek yg dah lama dok idam2 nak buat....terliur sungguh tengok taukeh kek..K.Amal...Meen..Yati menayang kek ni...rasa nak tarik je kek mrk dari skrin PC...kalaulah boleh buat gitu..kan senang....
Oleh kerana tak puas jamu mata...buat telan air liur aje maka week end yg baru lepas buat kek cho ni. Pada mulanya semua ok...kek sponge naik elok...cho mousepun jadi... tp bila part coating kek....coklat meleleh keliling kek....salah teknik...tak cukup pekat masa double boil coklat. Rupa luar kek tak cun langsung....sememeh.. itulah tak sabar nak siapkan kek...nak potong..mkn...
Tak cun pun tak apalah...yg penting rasanya mmg sedapppp...sapu licin.... Tak percaya kena cuba dulu....wpun resepinya panjang berjela-jela tp memang tak rugi mencuba.... Anak pula heran betul, pisang diorg suka tp bila kek ni ada pisang mrk tak nak,nak mkn kek saja...jadi mama korek keluar pisang..kek bagi mrk mkn....pisang mama tlg habiskan...



Quote:

Chocolate Banana Cake
Sumber; Fp Yati Damira, tk byk2 Yati kongsi resepi dan siap translate resepi asal dari Blog auntyyochana serta bagi penerangan jelas utk resepi ni...tima kasih sekali lagi Yati..

Chocolate Sponge cake:
Bahan A
3 biji kuning telur size A ( atau 4 biji kuning telur size sederhana)
100 gm. gula kastor
120 gm. tepung naik sendiri
1/2 tsp. Baking powder
1/2 tsp. Bicarbonate of Soda
50 gm. minyak jagung - guna minyak masak biasa
1 teasp. vanilla essence

Bahan B
30 gm. serbuk koko + 120 gm. air panas - kacau hingga rata dan hancur semua serbuk koko.

Bahan C

3 1/2 biji putih telur size A(atau 4 1/2 biji putih telur size sed)-guna 4 biji putih telur saiz sed
1/4 tsp Cream of Tartar - ganti dgn 1/2 biji perahan limau kasturi;tapis
60 gm. gula kastor

Cara-caranya:
(1) Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan kacau dengan senduk kayu hingga sekata.
(2) Campurkan Bahan B ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sekata.
(3) Kemudian pukul putih telur dan cream of tartar dari Bahan C selama 2 min. Selepas itu, tuangkan gula sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan pukullah sehingga kembang dan gebu.( Perhatian: Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan kuning telur tidak pecah dan tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit. Pemukul telur juga kena pastikan ianya kering dan tidak berminyak).
(4) Campurkan campuran kuning telur ke dalam campuran putih telur. Kaup balikkan adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.Selepas itu tuangkan ke dalam acuan kek yang bulat 9" dan bakar.
(5) Bakar pada suhu 175C lebih kurang 50 mins atau sehingga masak-bakar 175 'C selama 40 min
(6) Sejukkan kek di wire rack dan belah kepada 3 lapisan.

Chocolate mousse:

*250 gm. Non-Dairy Whip Cream
*150 gm. Dairy whip cream
1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal.Campurkan bersama 4 sudu makan air dan microwavekan untuk 20 saat.(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan sekiranya tidak mempunyai microwave, double boilkan gelatin sehingga hancur) - guna 1 sb serbuk agar2
50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising } - hanya letak 50 gm sbb whip cream dah manis
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu makan "Kahlua" atau "Tia Maria" coffee liquer - gunakan 1 st chocolate emulco
**2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal -

ni yg mama buat
*guna 400gm whip topping cream, cukup utk layer dan coating
**setiap layer letak 3 biji hirisan pisang berangan

Cara-cara membuat chocolate mousse:

(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.) *utk whip topping cream pukul till 3x ganda.
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)
(3) Sapukan 1/3 dari chocolate mousse ke atas lapisan pertama sponge kek. Susunkan hirisan pisang di atas chocolate mousse dan letakkan lapisan kedua dia atas susunan pisang tadi. Lakukan perkara yang sama untuk lapisan kedua. Kemudian letakkan pula lapisan kek yang ketiga.
(4)Tutupkan keseluruhan kek tadi dengan chocolate mousse dan simpan di dalam peti sejuk sehingga chocolate mousse keras.
(5) Selepas itu tuangkan pula chocolate coating yang dah sejuk ke atas kek ayng disalut chocolate mousse tadi. Biarkan campuran chocolate tadi mengalir ke bawah secara perlahan.
(6) Hiaslah kek tersebut mengikut citarasa dikehendaki dan simpan dalam peti sejuk hingga coating keras.
(7) Potonglah menggunakan pisau yang telah direndam dengan air panas untuk dihidangkan.

Chocolate Coating
35 gm serbuk koko
50 gm gula kastor
150 gm. Dairy whipping cream - gunakan whip topping cream
80 gm. chocolate masakan - dihiris-hiris.
30 gm. Butter

Cara membuat Coating untuk kek
Letakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan double boilkan sehingga campuran tadi menjadi pekat. Sejukkan dahulu sebelum tuang ke atas kek.

Quote:

Air Longan

Air longan dah lama buat...masukkan sekaligus dlm n3 kali ni. Buah longan pemberian kawan mr husben...anak2 tak pandai mkn...jadi kupas buat air. Tapi minum tak letak ais sekadar simpan kejap dlm peti ais.Minum masa hari panas...nyaman tekak.......



Sumber ; Blog K.Ina KL ,tk k.Ina....
Bahan
Buah longan - kupas buang biji
Gula putih & gula melaka
daun pandan
air
Cara;
Kopek buah pastu masuk periuk.masuk kan air (agak-agak)& gula putih.Gula nisan/gula kabung/gula merah (pun agak-agak aje) dan daun pandan yang disiat dan diikat. pastu masak sampai pekat sikit....tapis..tapi sebelum tu keluar isi longan ni dulu dan bolehlah di buat air...bubuh pulak air batu.

Nanti ada kesempatan akan jalan rumah kawan-kawan......tgh selsema skrg.... hatchummmm...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net