Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 14-Nov-2009 00:26 Email | Share | Bookmark
Nasi Ayam Penyet Palembang

 
 
 
 
 
 
 
 
Lepas ke Tanah Arab makan nasi Mandhi terasa nak ke negara jiran...Indonesia pulak, makan nasi ayam penyet .... Napa nama ayam penyek...sbb sebelum hidang mkn... ayam kena penyet ...lenyek..ketuk dulu...barulah dimakan........
Nasi ayam penyet pertama kali makan pada bulan Ramadhan yg lalu.... adalah beli 2-3 kali di bazaar Ramadhan....tu yg terasa nak makan lagi.
Sebelum masak nasi ni dah tengok dulu beberapa resepi....ada pelbagai versi rupa2nya. Tapi berkenan nak cuba Nasi Ayam Penyet Palembang sbb bahan2nya lebih ringkas dan ada resepi lengkap nasi dan sambal.
Nasi ayam penyet ni masak semalam utk lunch kami sekeluarga. Kena dgn selera....nasinya macam nasi ayam cuma berminyak sikit...kalau tak suka berminyak boleh kurangkan sukatan minyak..mkn dgn kuah sup. Ayam pula bahagian luar rangup tp isinya lembut...ada ulam dicicah dgn sambal bilis tumbuk, sedap tak pedas sgt.......



Quote:
NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Copy dr Blog Bro Rozzan resepi asal Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekor ayam (belah empat) - guna 4 chicken leg
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.**ayam letak dlm freezer sbb tak ada air batu.
4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.
TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.




Ayam posing sebelum di penyet......

Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras - letak 150 gm
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka) -cuci, toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk) - nak cepat blender kering
1 sudu teh serbuk kunyit- letak 2 sk
1 sudu teh rempah kari daging - letak 2 sk
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya

Cara-caranya

1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.



Nota:
Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.



Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan)
*150 gram mentega - campur mentega + marjerin
*1 cawan minyak masak
*½ cawan minyak bijan - tak letak
6 – 8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya
*(kalau tak suka nasi terlalu berminyak boleh kurangkan bahan*)

Cara-caranya

1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.



Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis- goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)


Cara-caranya

1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bilis goreng hingga lumat.
2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.



Nota:
Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan.
Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)- tak buat sos hitam
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula pasir
Sedikit minyak bijan

Cara-caranya

1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.



Ayam dah siap dipenyet dan potong...kawan-kawan jemput makan.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net