Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Nov-2009 23:11 Email | Share | Bookmark
Sambutan AidilAdha 1430 H Di HICOM

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sibukkkkk.....dah mula packing brg....disamping tu sibuk gak melayan hero2 mama yg dah mula cuti sekolah.Biasalah kalau anak2 dok rumah sekejap2 ke dapur cari makan.Masakpun ringkas2 aja...nak perabih apa yg ada di dapur...kena kosongkan kabinet&peti ais...
Curi masa ngadap PC sbb byk sgt gambar2 raya Aidiladha yg diambil oleh Mr husben&kawan2 husben. Sayang kalau tak masukkan dlm entry... boleh dijadikan kenangan terakhir beraya Aidiladha di Brunei.




Hari raya Aidiladha disambut pada hari Sabtu di sini....lewat sehari dari M'sia, raya puasa hari tupun lewat sehari juga. Sembahyang raya bermula 7.30 pg di Kedutaan M'sia (HICOM)....ramai juga rakyat M'sia di sini yg hadir. Abg2 dan Syakirah dibawa sama beraya tp lupa nak ambil gambar mrk.

Acara makan-makan selepas solat

Selepas solat ada acara makan-makan....pot luck...masing2 bawa pelabagai hidangan. Macam2 juadah ada...ketupat, pulut durian, kek, kuih-muih, nasi , buah,rendang dll yg dibawa oleh hadirin yg hadir. Manakala menu utama mee dan minuman disumbangkan oleh restoren M'sia di sini. Mmg byk makanan....sampai tgh haripun masih ada makanan lagi.







Majlis Korban

Selepas makan-makan, barulah majlis penyembelihan korban. 3 ekor lembu yg dikorbankan dan ada yg buat akikah.....bahagian korban dan akikah adalah dari org2 M'sia di sini.
Kerja2 melapah dan memotong daging dibuat secara gotong royong beramai2....terasa spt beraya korban di kg pula sbb pakat kerja sama-sama...meriah sekali....... Sebelum pukul 12 tgh hari selesai semua kerja2 potong dan pembahagian daging utk yg buat korban dan yg hadir .













Sementara masa kerja potong-potong daging dan tulang, ada juga xtvt masak2 daging korban utk makan waktu lunch pula. Sup tulang dan daging salai dimasak secara sukarela oleh chef Kayu Nasi Kandar...caw restoren M'sia di sini. Manakala daging rendang dimasak sendiri oleh Datin Zakiah, isteri TYT Pesuruhjaya M'sia ke Brunei.
Selain itu ada nasi putih,sayur lemak,minuman dll yg disumbangkan oleh individu. Sup tulang pula dimasak tambahan kali ke 2pun habis licin....sedap mkn cicah roti. Semua hidangan sedap-sedap belaka...

Anak2pun pula dok ulang-alik makan... main.. makan dgn kawan2 mrk....seronok sekali...dah tak kira penat. Bila balik rumah tanya apa perasaan mrk bila tengok majlis korban, Syafiq yg tadika cakap...dia tak suka sbb ada bunuh-bunuh...kesian kat lembu. Yg abg2 dah faham sbb sudah jelaskan apa makna korban. Cakap pd Syafiq... tu bukan bunuh tp acara korban....harap dia faham....

Juadah Ringkas di Hari Raya

Utk pagi raya masak ringkas saja...pulut kuning dgn rendang. Sejak raya puasa lagi nak buat pulut kuning, raya Haji baru buat. Masak sikit aja utk kami anak beranak.....anak2 mmg suka pulut kuning.Pulut dan rendang dimasak mlm lagi sbb pagi2 dah nak ke HICOM.



Baking kek coklat utk pot luck. Baking tgh hari sebelum, topping coklat dibuat belah pagi. Selain itu bawa jugak cempedak goreng...kebetulan kawan bagi buah cempedak.



Buat juga fudge brownies utk anak-anak makan di rumah.



Balik tgh hari dari majlis korban....terus masak sup tulang , pemberian dari agihan korban. Masuk semua dlm slow cooker...biarkan mereneh...3 jam lebih baru empuk. Anak2 minta makan pulut kuning dgn rendang...bertambah mrk mkn. Pastu semua tidur penat dan kenyang......
Ptgnya ke rumah kwn sampaikan daging korban sbb mrk balik sebelum sempat pembahagian daging dan turut sama membantu. Kami dijamu dgn set nasi kambing..sedap. Belah mlm mkn roti cicah sup tulang...tak puas mkn masa siang. Utk sarapan esoknya, rendam bihun..mkn dgn sup tulang, lunchpun dgn sup tulang....senang kerja....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net