Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Mar-2010 07:35 Email | Share | Bookmark
Cuti-cuti Langkawi 18- 20 Mac 2010 (Pt 1)

 
 
 
 
 
 
 
 


Quote:
Wpun byk gambar dan citer selepas kami balik yg belum sempat update di Fp tp nak bagi laluan percutian terbaru kami sekeluarga... iaitu cuti2 Langkawi masa cuti sekolah baru-baru ini.Percutian Langkawi selama 3 hari 2 malam dari 18-20 Mac. Sejak dari Brunei lagi teringin nak bercuti sekeluarga ke Langkawi tp baru kali ini berpeluang ke sana. Kami naik flight jam 11.00 pg dari KLIA dan tiba jam 11.55 di Langkawi.





Gambar-gambar di KLIA sebelum bertolak dan dlm flight. Anak2pun ceria termasuk Syakirah wpun awal pagi lagi semua dah kena bersiap untuk ke KLIA. Anak2 macam biasa kalau lama tunggu flight mrk minta dibawa ke tempat mainan dkt pesawat olok2 berdekatan dgn KFC ...



Untuk memudahkan percutian di sana kami ambil pakej ; penginapan sekali dgn mpv melalui travel agen One Team Holiday yg ditempah sejak awal Feb lagi sbb takut penuh maklumlah musim cuti sekolah. Masa kami tiba di airport, kak Ros, pemilik travel agen dahpun menunggu kami utk menyerahkan kereta Avanza yg kami sewa dan membawa kami ke apt yg akan kami menginap iaitu Sri Lagenda Apt di Kuah.Sri Lagenda Apt ni ada 3 bilik dgn 2 bilik air...selesa...dapurpun ada kalau nak masak2..tp sempat masak air aje.... . Balkoni mengadap swimming pool....anak2 mula sampai dah tak sabar nak main air. Berdekatan apt ni byk tempat penginapan yg lain...senang nak cari tempat mkn.K.Ros pun tak berkira sgt wpun kami check out lambat jam 4 ptg sbb flight balik jam 7.30 mlm,kebetulan mmg tak ada org booking apt hari kami balik.



Selepas lunch....beli nasi bungkus aja... rehat kejap, kami keluar ke Underwaterworld. On the way kami singgah kejap di tepi pantai....lupa pulak apa nama tempatnya utk ambil gambar....



Anak-anak seronok dpt lihat pelbagai jenis ikan...kecik..besar..dan pelbagai jenis...







A. Dpn kedai duty free shop sebelah Underwaterworld
B. Pasar Malam Temoyong,Pantai Cenang

Selepas keluar underwaterworld kami singgah duty free shop.Lepas tu jln2 ke gerai2 tepi jalan yg tak jauh dari situ. Byk gerai2 yang menjual pelbagai pakaian dan cenderamata sepjg jalan ini tp tak ramai pengunjung. Habis ronda gerai singgah pasar malam Temoyong yg ada pd setiap mlm khamis....kecik aja pasar mlm ini tp ada pebagai pilihan makanan. Ramai pelancong omputih membeli makanan di sini sbb dkt dgn Pantai Cenang.
Tamat hari pertama...belah malam tak kemana-mana...rehat aja...anak2pun penat dah kepenatan.

**Nanti ada masa bersambung cuti2 Langkawi pd hari ke 2. Maaf belum sempat ronda semua rumah kawan2......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net