Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-Jul-2010 08:43 Email | Share | Bookmark
Kek Milo Nestum, Puff Sardin Dan Kunjungan Tetamu

 
 
 
 
 
 
 
Dah lama tak tayang gambar makanan. Ni xtvt baking masa di Brunei......minggu2 terakhir semasa di Brunei...nak habiskan stok brg dapur yang masih ada. Jumpa resepi kek coklat nestum di dapur lama Hajar, dimana resepi asal guna milo. Tk Hajar kongsi resepi...anak2 suka kek ni.....

Quote:


Kek Milo Nestum

Sumber; FP Hajar (asal dari majalah Saji Mei 2007)

bahan;
125 g butter
125 g gula kastor
150 g tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu teh vanilla ekstrak
3 sudu besar drinking chocolate/milo
3 sudu besar nestum

Cara
1. Pukul gula dan butter sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati
3. Masukkan esen, diikuti tepung sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan
4. Bahagikan adunan kpd 2 bhgn. Satu adunan dicampurkan drinking chocolate, satu lagi dicampurkan nestum
5. Tuangkan adunan berselang seli atau ikut kreativiti masing2 ke dalam acuan
6. Bakar pada suhu 180 C selama 35-40 minit.


Quote:

Puff segera ni ramai dah cuba sbb senang dan sedap.Mama juga tertinggal LRT...lambat mencuba.... Buat masa di Brunei jugak....beberapa kali buat...anak2 suka. Balik sini belum buat lagi......bila nak buat ni...padahal senang sgt.....



Puff Sardin - Sumber:Ida copy dari Fp Hajar

Bahan

Roti canai segera-jenama kawan
Sardin tin
Sedikit lada hitam
Mayonis
Telur
Susu cair
Pewarna kuning

Cara
1. Roti canai dikerat 2 utk saiz ni, utk saiz mini kerat 4
2. Keluarkan sos sardin, campurkan sardin tsb bersama mayonis dan sedikit lada hitam
3. Letakkan atas roti canai, gulung
4. Sapukan telur yg tlh bercampur dgn susu cair dan pewarna kuning di atasnya
5. Bakar sehingga warna kekuningan/ nampak garing - kira2 20 minit

Quote:

Kunjungan Tetamu

Tetamu dari Brunei



Masa cuti sekolah baru-baru ini kami menjemput kawan mr husben utk dinner di rumah kami, Kapten Amran yang kebetulan dtg berkunjung dari Brunei . Disamping itu jemput K.Fadillah&suami sekeluarga. K.Fadillah&suami merupakan kwn kami semasa di Brunei, kebetulan mrkpun pulang for good Dec lepas dan menetap di Melaka.Jemput dinner 8.30 mlm jumaat, 5.30 ptg baru habis meeting...balik rumah kelam kabut bersiap. Terimakasih sudi dtg rumah, tahniah juga buat Kapten Amran yang baru mendapat cahaya mata.

Kunjungan abg sekeluarga



Manakala hari sabtu keesokkannya kami menerima kunjungan keluarga...abang dari Sg Buloh dan abg dari Kelantan. Abg sulong dtg dari Kelantan bercuti di rumah abg di Sg Buloh. Seronok menerima kunjungan keluarga begini..dah lama tak berkumpul sama-sama...anak-anak dapat berjumpa sepupu-sepupu mrk. Sekejap saja abg dtg rumah sbb lepas lunch mrk nak pusing-pusing bandar Melaka dan balik. Buat abg Ha&K.Zah serta abg Nuar&Dah....nanti dtg rumah lagi..tidur sini..boleh kita sembang panjang...makan-makan. InsyaAllah berjumpa kita hari raya nanti........

Quote:

SYAKIRAH VS BOO

Suka nengok watak Boo yg cute dgn tocang dua dalam citer Monster Inc. Bila rambut Syakirah dah boleh ikat....memanjang Syakirah kena tocang....



Dah malam...tocangpun dah hilang... Ni aksi Syakirah bila dapat buku...tak dpt pen...tutup penpun jadi jugak... mulalah dia nak menulis....kadang berebut buku abg2nya....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net