Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 26-Jul-2010 08:29 Email | Share | Bookmark
Pulut kuning buat harijadi mr husben& Lempuk Durian

 
 
 
 
 
 
 


Hari sabtu minggu yang baru lepas, masak pulut kuning semperna birthday mr husben.... makan-makan kami sekeluarga aje.Pulut kuning makan dengan ayam masak kerutuk dan telur dadar. Syafiq tanya mana kek birthday abah.....abah tak potong kek tahun ni...potong pulut kuning..... .
Quote:



Mula-mula ingat nak masak rendang ayam makan dgn pulut tp tukar masak kerutuk sbb nak habiskan rempah kerutuk yang dah lama beli.Malas nak buka resepi, ikut resepi belakang plastik rempah je... .

AYAM MASAK KERUTUP
Sumber; Adabi

Bahan2
1/2 kg ayam
50 gm kerisik
300 ml minyak masak
5 gm air asam jawa dibancuh dgn sedikit air
garam dan gula
1 peket rempah kerutuk

Bahan A - tumbuk
10 biji bawang merah
5 ulas bwg putih

Bahan B - tumbuk
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas

2 btg serai - ketuk

Cara2 Menyediakan
1. Bancuh rempah kerutuk dan bahan A dgn sedikit air utk dijadikan pes
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar B dgn serai sehingga wangi.
3. Masukkan pes rempah kerutup dan tumis hingg pecah minyak.
4. Masukkan ayam, kerisik, garam, gula , santan dan air asam jawa.
5. Masak hingga kuah pekat dan ayam lembut.



Quote:




Ada durian lebih....mr husben minta buatkan lempuk.Durian dari dusun pejabat dan jiran Cina bagi....rezki.... Biasanya mkn lempuk yg mak kirim dr kg....mak selalu juga buat bila musim durian.Ingatkan susah membuatnya...rupa2nya tak lah susah sgt , cuma kena kacau lama...boleh exercise tangan.....

Lempuk Durian
Sumber; mak

Bahan-bahan ;
Isi durian ( 1/2 kuali saiz sederhana)
1/2 cawan gula
sedikit garam

Cara:

1. Masukkan isi durian dan gula dalam kuali.Seeloknya guna kuali yg tebal sikit.
2. Masak atas dapur dengan api sederhana. kacau rata hingga mendidih dan gulanya hancur.
3.Kacau tanpa henti hingga bertukar warna perang serta jadi seketul bergolek dan tidak melekat di kuali, lebih kurang satu jam.
**Lagi lama kacau lagi tahan lama.Utk tahan lama juga, bila dah sejuk simpan dlm peti ais.



Quote:

Xtvt menyusun bunga......dibantu oleh Syakirah dan abg2....



Masa nak ke Brunei dulu semua bunga disimpan dalam plastik...nak elak dari habuk. Bila dah selesai mengemas kotak, mula xtvt kemas bunga pula... susun semula bunga dalam bekas. Syakirahpun ikut sama sibuk nak nyusun bunga...... .



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net