Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Aug-2010 21:35 Email | Share | Bookmark
Menu Iftar 1 Ramadhan

 
 
 
Selamat berpuasa semua..... Hari pertama Ramadhan ..... bangun sahur kejutkan hero2 mama...3 org yg berpuasa thn ni. Syafiq no 3 baru pertama kali pertama.... yg susah sikit nak bangun tp setelah dipujuk bangun juga , abg berdua ok .
Hari pertama tak ke mana-mana wpun hari cuti...hanya meronda dapur siber kawan2..... Masak 2-3 jenis juadah untuk berbuka...ditambah dengan baki lauk-pauk semalam yang masih ada...sayang dari membazir.

Quote:


Sekeluarga suka ikan masak masam manis gini...selalu juga masak ikan 3 rasa sebelum ini tp kali ni cuba resepi dari blog Teratak Dayang .....sedap...terimakasih tuan resepi....minta izin c&p di sini...

Ikan Bawal Tiga Rasa
Sumber ; Blog Teratak Dayang

Bahan-bahan :

* 1 ekor ikan bawal hitam (digoreng hingga masak)
* 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
* 3 biji bawang merah (dihiris)
* 2 ulas bawang putih (dihiris)
* 1/2 inci halia (dihiris)
* 1 batang serai (diketuk)
* 3 helai daun limau purut
* 10 biji cili padi (dihiris)
* sos cili secukupnya
* sos plum @ sos tomato
* sedikit sos ikan
* 1 sb sos tiram
* 2-3 sb sos cili thai
* sedikit bancuhan tepung jagung
* hirisan nanas, epal, tomato, timun, cili benggala dsb

Cara-cara :

1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut dan halia hingga wangi.
2. Kemudian masukkan sedikit air dan semua bahan sos secukupnya. Boleh tambah garam dan gula jika suka.
3. Seterusnya, masukkan tomato, nanas, timun, epal dan cili benggala. Kacau seketika. Kemudian, tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tak letak pun tak mengapa.
4. Setelah masak, angkat dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan yg sudah digoreng.
5. Hidangkan.



Quote:


Tempoyak daun ni rancangnya nak masak week end sebelumnya sbb ada stok tempoyak yang buat sendiri tp tak jadi tertangguh hingga hari puasa. Resepi jumpa di dapur MaDiha. Masak 1/2 dari resepi dan tambah tempe sikit. Menu sesuai kepada penggemar tempoyak.....

SAMBAL DAUN a.k.a TEMPOYAK DAUN KAYU
Sumber;copy dari Fp Madiha@Ratna, resepi asal Blog Mat Gebu...t.kasih kedua2nya....

BAHAN-BAHANNYA
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus - letak beberapa helai..ada sepokok dpn rumah
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus - tak letak
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus - tak letak
7 helai daun kunyit, buang tulang tengahnya & dimayang halus
3/4 cawan isi petai
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
2 cawan air - tambah

Bahan2 Kisar
5 batang serai, dihiris halus
2 inci kunyit hidup
3 camca besar tempoyak - lebihkan lagi sedap
1/2 cawan cili padi - campur dgn cili hijau

**tambah sekeping tempe

CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan,tempe dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus serta 2 cawan air, gaul rata dan tambah garam secukup rasa.
3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....



Quote:


Utk juadah manis berbuka...masak pengat pisang..ni juadah yang tak pernah miss kalau bulan puasa. Untuk pekat kan kuah tambah sikit biji sagu....



Selamat berbuka puasa...kalau rajin akan update menu lain pula.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net