Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Aug-2010 10:42 Email | Share | Bookmark
Sup Tulang Aidiladha

 
 
Quote:


Ni bukan salah taip atau salah copy ...puasa baru masuk seminggu dah masak lauk raya...bukan raya puasa pulak tu tp raya Aidiladha yg lama lagi.Tapi betul tuan rumah tak salah..nama sup tulang ni Sup Tulang Aidiladha. Bahan-bahannya mudah dan Mesra.Net bagi 5 bintang utk resepi ni...itu yang nak cuba.Masak masa hari ke 2 Ramadan...waktu rehat tgh hari balik rumah,rebus tulang dalam slow cooker dulu.Balik ptg dari office baru masukkan semua bahan2 lain. Pelanggan di rumah cakap sedap...anak tanya sahur nanti ada lagi tak sup tulang ni mama..ada..cukup utk sahur.Dapur Mamasya juga bagi 5 bintang.Tak rugi mencuba....

Sup Tulang Aidiladha
Sumber; Mesra.Net

Bahan-Bahan:

1 kg tulang lembu
4 batang serai- diketuk
1 inci lengkuas- diketuk
1 inci halia- diketuk
2 bungkus sup bunjut daging
1 sd besar lada hitam
1 sd teh sebuk lada putih
4 ulus bawang putih- diketuk
1½ sd besar garam kasar
3 sudu gula
sedikit ajinomoto-ganti serbuk pati ayam

bahan untuk tumis:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
½ halia

Bahan-bahan lain:

Daun sup
Daun bawang
bawang goreng

Cara:
1.Tumis bahan tumis sehingga naik bau atau masak.

2.Masukan air dan tulang dan rebus tulang selama 1 jam.

3.masukan sup bunjut, halia, lengkuas, serai, bawang putih yang diketuk, sebuk lada putih, lada hitam, ajinomoto, gula dan garam secukup rasa

4.rebus sup tadi selama 1 jam lagi atau lebih...lagi lama masak lagi sedap...
Cadangan Hidangan:
5.Sup ini sesuai untuk dimakan dengan mihun yang dicelur...
6.taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang
Tambahan:
Jika sup ini tidak dimakan dengan mihun celur boleh ditambah dengan ubi kentang dan lobak merah



Jemput dapur baru Mamasya,klik di bawah.....
Dapur Mamasya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net