Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Oct-2010 22:25 Email | Share | Bookmark
Chocolate Brownies

 
 
 
Quote:
Kalau nak tengok gambar-gambar raya klik Dapur Mamasya


Entry kali ni nak tayang brownies yang dibuat semasa open house kat umah. Masa open house tu buat 2 biji...habis.
Brownies masa open house tak sempat posing...masa tetamu dtg., topping baru siap letak...tak sempat make-up cantik2...pakai tabur choc rice aja.

Gambar brownies kat bawah diambil seminggu sebelumnya...baking masa abg Syamil tgh exam UPSR.. nak layan abg Syamil dgn makanan yg dia suka.Utk brownies ni letak cashew nut campur cho chip..kali ni anak2 tak komplen pasal kacang dlm kek...diorg cakap sedap...nanti mama buat lagi...
Quote:



Ni resepinya kalau nak mencuba.

Chocolate Brownies
Sumber babybatriesyia.fotopages, asal Fp k.Roy

Bahan
250 gm butter – cairkan secara double boiler
1 ½ cawan gula castor
Sedikit esen vanila

4 biji telur - letak 5 biji sbb telur kecik
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
¾ cawan serbuk koko
Secubit garam
1 cawan kacang walnut @ apa2 kacang - dipecahkan kecil2 - letak 1/2 cwn cashew nut + 1/2 cwn cho chips.

Cara
Campurkan butter dengan gula castor dan esen vanila. Kita just gaulkan menggunakan whisker. Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan kacau biar sebati. Tuangkan tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko beserta garam. Masukkan 1 cwn kacang,kacau rata. Bakar brownies selama 30-35 minit pada suhu 180'C.

Nota : Acuan yg digunakan agak kecil, rasanya dlm 9 in x 9 in sahaja...dialas dengan kertas minyak.....dan ketinggian acuan sekadar 1 in sahaja....



'iezna iezna_f@yahoo.com , saya dah edit resepi cho brownies ni.slma mencuba..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net