Want your
own Fotopage?








 
Mama's FotoPage

By: Mama sya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 21-Oct-2010 22:59 Email | Share | | Bookmark
Puding Triffles

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:
Walaupun skrg Fp dah sunyi...tp masih ada pengunjung yg sudi singgah Fp Mamasya...terimakasih buat semua pengunjung...



Kalau nak tengok dapur mamasya satu lagi ; sila klik sini Dapur Mamasya




Sebab patah hati dengan kek lapis (spt citer kat bawah), maka ubahsuai kek tersebut...tarrar..nilah hasil nya...bertukar rupa jadi Puding Triffles. Kek lapis menggantikan kek gulung.
'
Apa-apapun triffles ni sedap, apatah lagi mkn sejuk-sejuk....' pujuk hati yg kecewa dek kek lapis tak menjadi'....


.
Quote:

Sebenarnya dah lama nak buat triffles bukannya susah sgt tp asyik bertangguh....
Cari resepi yang mudah ..bahan2 dah ada di rumah..

Puding trifle
Sumber ;MYR

Bahan-bahan ( 5-7 )

* 1 tin susu cair
* 1 sd besar gula
* 4 sd besar tepung kastard
* 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard - (400 ml)
* ½ biji kek gulung sederhana saiznya - guna kek lapis
* 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
* 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
* 1 mangkuk air panas

Cara-cara

1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.-guna 1/3 buah2 shj
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

Nota dapur;
mama buat step 5 baru step 4. letak kastad dulu barulah buah atas kastad




Selain makan di rumah....bagi triffles ni kat sepupu semasa pergi jumpa beliau di bandar dan bawa juga beberapa potong untuk kawan ofis merasa.



Sebekas triffles dahpun licin...maka terubatlah hati yg kecewa dek krn kek lapis tak menjadi..

Ini citer kek lapis....

Satu hari...bila kerajinan melanda..semangat berkobar2 nak baking kek..mulalah mengodek bahan-bahan....konon2 nak cuba buat kek lapis tembikai...nengok gambar dlm resepi cun sgt...

Sudah beberapa ketika...mengadap oven...selapis demi selapis kek dibakar..tabur pula coklat chips.., 2/3 bakar dalam loyang sederhana saiz...1/3 lagi bakar dlm loyang kecik..rancangnya nak buat 2 corak. tak terasa masa berlalu.....bila kek siap..tak sabar nak potong.....kena tunggu dulu kek sejuk.



Tapi bila dipotong...bila dimakan...kek tak menepati citarasa ...kek tak lembut sangat seperti yang sepatutnya dan kek tak berapa cun rupa parasnya......nasib baik resepi guna 10 biji telur. kalau 20 biji telur mahu nangis dibuatnya.....

Resepi dah betul... mungkin kesilapan masa mengodek ....nampaknya kena cuba lagi...tapi tunggulah bila kerajinan melanda semula.......skrg tengah patah hati dengan kek lapis ni....



Tuesday, 19-Oct-2010 12:11 Email | Share | | Bookmark
Iklan Jap...Homestay di K.Trg

 
 
 
View all 15 photos...
Quote:
Iklan jap...nak promote homestay adik ipar yang terletak di Jalan Kamaruddin, bandar Kuala Trengganu. Rumah teres 2 tingkat yg luas ini sesuai untuk dijadikan penginapan beramai-ramai semasa bercuti mahupun menghadiri kenduri di Trengganu kerana hanya ;

1 km dari Pantai Batu Buruk
1 km dari Hospital Besar Nur Zahirah
5 km dari Pasar Kedai Payang
5 km dari Taman Tamadun Islam /Masjid Kristal
5 km Masjid Terapung Kuala Ibai

Rumah ini baru dengan deco moden amat selesa kerana ruang tamu dan porch yg luas. Ada 4 bilik tidur dan 3 tandas. Bilik utama ada air-cond.
Kadar sewaan sebuah rumah utk 2 hari 1 mlm adalah RM350.
Jika berminta sila hubungi pemilik homestay ini;

Pn Rina ; 019-9522975
En Suzaiman ; 019-6508616




Porch yang luas...



Ruang tamu moden ..



dining area



bilik tidur utama yang luas...









model sambilan ....

Quote:

Pemilik homestay juga memiliki butik pengantin ; Drs Anggun Butik Pengantin yg terletak di dlm bandar K.Trg. Bagi yg berminat utk buat facial dan make-up juga boleh hubungi beliau.
Kat bawah ni gambar Drs Anggun Butik Pengantin . Nanti ada kesempatan bila balik cuti ambil gambar terkini butik beliau. Letak dulu gambar yg pernah di tayang sebelum ini.










Thursday, 14-Oct-2010 15:05 Email | Share | | Bookmark
Kuih Siput

 
 



Ada lagi citer raya tp ni ttg kuih siput yg buat sebelum raya dan selepas raya.Buat sebelum raya habis utk mkn2 di rumah dan bawa balik kg. Buat lagi lepas balik beraya dari kg utk mkn2 di rumah...sedap ngunyah sambil nengok tv.
Kali akhir buat kuih siput masak zaman sekolah dulu2...pakat dgn kwn kat kg buat sama2 masa bulan Ramadan utk kuih raya.Teringat masa tu punyalah lama nak siapkan sbb tak pandai gentel siput...kwn pulak nak buat siput kecik2....seharian dok gentel siput ...kenangan betul....

Resepi kuih siput ni copy dari dapur SL...terimakasih SL.

Kuih Siput
sumber; Blog sweetlillykitchen

Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
250gm butter - campur marjerin
1 biji telur
segenggam udang kering }
*1 sudu makan jintan } di kisar
*1/2 sudu makan ketumbar }
*2 ulas bawang putih }
*2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan serbuk lada - kalau suka pedas tambah lagi
secubit garam + pak Aji1 kotak santan
beberapa tangkai daun kari

*** nota dapur;
bahan2 ni mamasya tambah 2x ganda nak bagi rasa lebih rempah

Cara membuatnya:
- Satukan butter dan tepung. buat seperti serbuk roti. kemudian masukkan telur. gaul lagi.
- Masuk kesemua bahan kecuali santan dan daun kari. gaul rata.
- Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
- Kalau tak jadi doh jugak... Tambah lagi sedikit air.. Yang penting sampai jadi doh. jangan terlalu lembik
- Kemudian ambil secubit adunan.. lenyekkan di papan kuih siput.
- Buat sampai habis.. kemudian goreng bersama daun kari hingga keperang perangan.
- Angkat dan Sejukkan. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.





Friday, 1-Oct-2010 22:25 Email | Share | | Bookmark
Chocolate Brownies

 
 
 
Quote:
Kalau nak tengok gambar-gambar raya klik Dapur Mamasya


Entry kali ni nak tayang brownies yang dibuat semasa open house kat umah. Masa open house tu buat 2 biji...habis.
Brownies masa open house tak sempat posing...masa tetamu dtg., topping baru siap letak...tak sempat make-up cantik2...pakai tabur choc rice aja.

Gambar brownies kat bawah diambil seminggu sebelumnya...baking masa abg Syamil tgh exam UPSR.. nak layan abg Syamil dgn makanan yg dia suka.Utk brownies ni letak cashew nut campur cho chip..kali ni anak2 tak komplen pasal kacang dlm kek...diorg cakap sedap...nanti mama buat lagi...
Quote:



Ni resepinya kalau nak mencuba.

Chocolate Brownies
Sumber babybatriesyia.fotopages, asal Fp k.Roy

Bahan
250 gm butter – cairkan secara double boiler
1 ½ cawan gula castor
Sedikit esen vanila

4 biji telur - letak 5 biji sbb telur kecik
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
¾ cawan serbuk koko
Secubit garam
1 cawan kacang walnut @ apa2 kacang - dipecahkan kecil2 - letak 1/2 cwn cashew nut + 1/2 cwn cho chips.

Cara
Campurkan butter dengan gula castor dan esen vanila. Kita just gaulkan menggunakan whisker. Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan kacau biar sebati. Tuangkan tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko beserta garam. Masukkan 1 cwn kacang,kacau rata. Bakar brownies selama 30-35 minit pada suhu 180'C.

Nota : Acuan yg digunakan agak kecil, rasanya dlm 9 in x 9 in sahaja...dialas dengan kertas minyak.....dan ketinggian acuan sekadar 1 in sahaja....



'iezna iezna_f@yahoo.com , saya dah edit resepi cho brownies ni.slma mencuba..


Tuesday, 7-Sep-2010 22:32 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H

 
 
 

Quote:

Dikesempatan ini mamasya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ...sanak saudara,sahabat handai,rakan setugas ,sahabat alam maya dan jua pengunjung dapur mamasya tidak kira walau dimana berada jauh dan dekat...
Moga lebaran kali ini dapat diraikan dengan kegembiraan dan kesyukuran bersama orang-orang tersayang.Maaf zahir batin jika ada salah silap




Kami akan pulang beraya di kg....Trg dan Kel pada 8 September...jumpa lagi selepas raya.Kepada yg pulang ke kg...slmt pulang..slmt bertemu sanak saudara tersayang...berhati-hati memandu.

Tak sempat nak update gambar2 terkini di Fp...kalau nak tengok boleh
ke dapur baru Mamasya,klik di bawah.....
Dapur Mamasya


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net