Mamasyafotopages dah pindah ke sini ;   http://dapur-mamasya.blogspot.com/( Dapur Mamasya).
Ptg ahad baru ni mama buat makan-makan sikit meraikan sekaligus 3 hero mama yg lahir bulan April....Syakim, Syafiq dan Syazrin, umur mereka selang 2 thn setiap seorang.
Manakala abg sulong lahir bulan Mei dan Syakirah bulan Jun...berderet 3 bulan anak2 sambut birthday. Birthday Syafiq, hero mama yg no 2 yg dah lepas..Syakim dan Syazrin belum lagi tp buat majlis sekaligus pada mingu ini jimat masa dan tenaga..
Happy birthday my boys!Moga anak-anak mama berjaya dalam hidup..bila besar menjadi insan yang berguna dan anak yang soleh...Amin.
Bertemakan bola sepak...hero mama semuanya peminat bola sepak,tiap ptg main bola dgn anak2 jiran. Tu yang plan awal-awal lagi nak buat kek padang bola utk mereka. Seronok anak-anak bila mama buatkan mereka kek padang bola sepak....
Antara menunya brownies, sosej roll,fries & sticky caramel chicken....
Spaghetti .........
Kami jemput tak ramai, maklumlah harijadi budak-budak je...hanya jemput anak-anak jiran, jiran dan kenalan terdekat....
Lama tul tak jengok Fp ni....dah bersawang.......tak sempat nak update 2 rumah. Kalau nak tengok citer dan masakan terbaru sila klik  sini http://dapur-mamasya.blogspot.com/( Dapur Mamasya)
Ok kali ni nak share kisah Death By Chocolate Cake..... nama kek ni menakutkan tp teringin nak mencuba sbb ramai yg dah buat....cukup femes di blog.
Baking hari ahad yg 2 minggu lepas. Kek ni mmg moist dan yummmy....abg2 suka tp yg paling suka abg no 1. Mamapun suka jugak...pantang dgn kek coklat....
Death By Chocolate Cake
Sumber; Mrs Hidayat @ MyR
Bahan-bahan ( loyang 9" )
* 2 cwn gula (kisar)
* 2 cwn tepung (ayak)
* 3 biji telur grade A
* 1 cwn koko powder
* 1 cwn susu cair
* 1 cwn minyak/ gune butter cair)
* 1 cwn air panas didih
* 1 tsp soda bikarbonat
* 1 tsp baking powder
* 1 tsp esen vanila
* **utk ganache**
* 2 cwn non dairy whipping cream
* 500g cooking chocolate
* 1/8 cwn golden syrup
* ##utk whipped cream
* 1 cwn non dairy whipping cream
Cara-cara
1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
7. **utk ganache**
8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
10. tambahkan golden syrup
11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit.
14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit
nota dapur mamasya; utk whipped cream, mamas simpan dulu dlm peti ais biar whipped cream agak keras sikit.bakar lebih 45 min.
Nak promote Restoren Padang Serai milik kenalan kami yang baru beroperasi di Bdr Melaka.
Kisah terbaru makan-makan tp di Melaka pula..hari Ahad semalam..12.12.2010 jam 12 tgh hari , kami menerima jemputan utk makan-makan di Restoren Padang Serai yang terletak di no 40 &42 , Jln Melaka Raya 15, Bdr Melaka semperna pembukaan restoren berkenaan.Jemputan dtg dari pemilik restoren yg merupakan kenalan kami. Selain kami, pemilik restoren Tn Hj Mansor dan Hjh Nor Azlina juga menjemput wartawan suratkabar dan kenalan mrk untuk merasakan keenakan masakan di restoren ini.
pemilik restoren Hjh Nor Azlina bersama staf restoren
Antara Lauk2 yg terdapat direstoron;
Restoren ini menyediakan pebagai hidangan masakan Melayu dan traditional...sesuai utk seisi keluarga.Selain lunch...menu breakfast juga disediakan.Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad dan bermula Jan 2011 restoren beroperasi jam 7 pagi hingga 12 mlm. Belah mlmpun akan ada pelbagai pilihan lauk.
Restoren ini juga menyediakan outside catering sekiranya ada permintaan.Jika berminta boleh hubungi terus pemilik restoren;
Tn Hj Mansor ; hp 0133-111122/016-2043999Hjh
Hjh Noor Azlina Abdullah; hp 016-2326309/017-6509030
Kek Gula Hangus aka Kek Sarang semut buat semlm utk minum ptg. Dah lama tul tak buat kek ni....sbbnya buat kali terakhir dulu tak menjadi, terus malas nak buat. Ni baru ada kerajinan nak cuba semula....nasib baik elok jadinya berbanding sebelum ini.
Kek Gula Hangus
sumber -Ayu@curlybabesatisfaction.blogspot ( asal From Kak Halimah@resipidiana.blogspot.com)....terimakasih semua kongsi resepi.
Ingredients for caramel:-
1 cup sugar-(1 cawan gula)
1 cup hot water-(1 cawan air panas)
2 tbsp butter-(2 sudu besar mentega)
On medium heat, fry sugar in a saucepan. When the sugar has almost melt, add in hot water(be careful @ this part cause it will be popping.) Add in butter and stir till melts. Put to cool ans set aside.-(Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas-kena berhati2 sebab nanti dia meletop letop. Tutup api & cepat masukkan air panas tadi dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair. Ketepikan)
Ingredients for cake:-
4 eggs-(4 biji telur)
1 cup condensed milk-(1 cawan susu pekat)
1 cup plain flour-(1 cawan tepung gandum)
2 tsp soda bicarbonate-(2 sudu teh soda bicarbonate)
1 tsp vanilla essence-(1 sudu teh vanilla essence)
Method:-
-(Pukul telur sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat and mix lagi. Tuangkan adunan kedalam blender dan tekan ON. Masukkan tepung & soda bicarbonate yang telah diayak tadi dan esen vanila. Tekan On lagi. Last baru masukkan gula hangs tadi. Tekan On lagi. Biarkan adunan dalam blender selama 3-4 jam(tertutup) untuk mendapatkan 'span' yang cantik. Selepas diperap, masukkan adunan kedalam loyang yang telah digris dengan butter(Tanpa menggodak adunan tu). Gunakan loyang 5", kalau nak kek yang tinggi( saya gunakan loyang 7" aje)Tuang adunan terus kedalam loyang dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 60 minit. (Saya bakar suhu 145c selama 90 minit untuk oven saya) dengan menggunakan api bawah sahaja. Balance 20-30 terakhir, pakai api atas dan bawah. Keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong.)
nota dapur mamasya;
guna loyang 7" dan bakar suhu 160'c selama 1 jam.
Kalau nak tengok  dapur mamasya satu lagi ; sila klik  sini http://dapur-mamasya.blogspot.com/( Dapur Mamasya)
Sebab patah hati dengan kek lapis (spt citer kat bawah), maka ubahsuai kek tersebut...tarrar..nilah hasil nya...bertukar rupa jadi Puding Triffles. Kek lapis menggantikan kek gulung.
Apa-apapun triffles ni sedap, apatah lagi mkn sejuk-sejuk....' pujuk hati yg kecewa dek kek lapis tak menjadi'....
Sebenarnya dah lama nak buat triffles bukannya susah sgt tp asyik bertangguh....
Cari resepi yang mudah ..bahan2 dah ada di rumah..
Puding trifle
Sumber ;MYR
Bahan-bahan ( 5-7 )
* 1 tin susu cair
* 1 sd besar gula
* 4 sd besar tepung kastard
* 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard - (400 ml)
* ½ biji kek gulung sederhana saiznya - guna kek lapis
* 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
* 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
* 1 mangkuk air panas
Cara-cara
1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.-guna 1/3 buah2 shj
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.
Nota dapur;
mama buat step 5 baru step 4. letak kastad dulu barulah buah atas kastad
Selain makan di rumah....bagi triffles ni kat sepupu semasa pergi jumpa beliau di bandar dan bawa juga beberapa potong untuk kawan ofis merasa.
Sebekas triffles dahpun licin...maka terubatlah hati yg kecewa dek krn kek lapis tak menjadi..
Ini citer kek lapis....
Satu hari...bila kerajinan melanda..semangat berkobar2 nak baking kek..mulalah mengodek bahan-bahan....konon2 nak cuba buat kek lapis tembikai...nengok gambar dlm resepi cun sgt...
Sudah beberapa ketika...mengadap oven...selapis demi selapis kek dibakar..tabur pula coklat chips.., 2/3 bakar dalam loyang sederhana saiz...1/3 lagi bakar dlm loyang kecik..rancangnya nak buat 2 corak. tak terasa masa berlalu.....bila kek siap..tak sabar nak potong.....kena tunggu dulu kek sejuk.
Tapi bila dipotong...bila dimakan...kek tak menepati citarasa ...kek tak lembut sangat seperti yang sepatutnya dan kek tak berapa cun rupa parasnya......nasib baik resepi guna 10 biji telur. kalau 20 biji telur mahu nangis dibuatnya.....
Resepi dah betul... mungkin kesilapan masa mengodek ....nampaknya kena cuba lagi...tapi tunggulah bila kerajinan melanda semula.......skrg tengah patah hati dengan kek lapis ni....
1 km dari Pantai Batu Buruk
1 km dari Hospital Besar Nur Zahirah
5 km dari Pasar Kedai Payang
5 km dari Taman Tamadun Islam /Masjid Kristal
5 km Masjid Terapung Kuala Ibai
Rumah ini baru dengan deco moden amat selesa kerana ruang tamu dan porch yg luas. Ada 4 bilik tidur dan 3 tandas. Bilik utama ada air-cond.
Kadar sewaan sebuah rumah utk 2 hari 1 mlm adalah RM350.
Jika berminta sila hubungi pemilik homestay ini;
Pn Rina ; 019-9522975
En Suzaiman ; 019-6508616
Porch yang luas...
Ruang tamu moden ..
dining area
bilik tidur utama yang luas...
model sambilan .... :-D
Pemilik homestay juga memiliki butik pengantin ; Drs Anggun Butik Pengantin yg terletak di dlm bandar K.Trg. Bagi yg berminat utk buat facial dan make-up juga boleh hubungi beliau.
Kat bawah ni gambar Drs Anggun Butik Pengantin . Nanti ada kesempatan bila balik cuti ambil gambar terkini butik beliau. Letak dulu gambar yg pernah di tayang sebelum ini.
Ada lagi citer raya tp ni ttg kuih siput yg buat sebelum raya dan selepas raya.Buat sebelum raya habis utk mkn2 di rumah dan bawa balik kg. Buat lagi lepas balik beraya dari kg utk mkn2 di rumah...sedap ngunyah sambil nengok tv.
Kali akhir buat kuih siput masak zaman sekolah dulu2...pakat dgn kwn kat kg buat sama2 masa bulan Ramadan utk kuih raya.Teringat masa tu punyalah lama nak siapkan sbb tak pandai gentel siput...kwn pulak nak buat siput kecik2....seharian dok gentel siput ...kenangan betul....
Resepi kuih siput ni copy dari dapur SL...terimakasih SL.
Kuih Siput
sumber; Blog sweetlillykitchen
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
250gm butter - campur marjerin
1 biji telur
segenggam udang kering }
*1 sudu makan jintan } di kisar
*1/2 sudu makan ketumbar }
*2 ulas bawang putih }
*2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan serbuk lada - kalau suka pedas tambah lagi
secubit garam + pak Aji1 kotak santan
beberapa tangkai daun kari
*** nota dapur;
bahan2 ni mamasya tambah 2x ganda nak bagi rasa lebih rempah
Cara membuatnya:
- Satukan butter dan tepung. buat seperti serbuk roti. kemudian masukkan telur. gaul lagi.
- Masuk kesemua bahan kecuali santan dan daun kari. gaul rata.
- Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
- Kalau tak jadi doh jugak... Tambah lagi sedikit air.. Yang penting sampai jadi doh. jangan terlalu lembik
- Kemudian ambil secubit adunan.. lenyekkan di papan kuih siput.
- Buat sampai habis.. kemudian goreng bersama daun kari hingga keperang perangan.
- Angkat dan Sejukkan. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.
Entry kali ni nak tayang brownies yang dibuat semasa open house kat umah. Masa open house tu buat 2 biji...habis.
Brownies masa open house tak sempat posing...masa tetamu dtg., topping baru siap letak...tak sempat make-up cantik2...pakai tabur choc rice aja.
Gambar brownies kat bawah diambil seminggu sebelumnya...baking masa abg Syamil tgh exam UPSR.. nak layan abg Syamil dgn makanan yg dia suka.Utk brownies ni letak cashew nut campur cho chip..kali ni anak2 tak komplen pasal kacang dlm kek...diorg cakap sedap...nanti mama buat lagi...:->
Ni resepinya kalau nak mencuba.
Chocolate Brownies
Sumber babybatriesyia.fotopages, asal Fp k.Roy
Bahan
250 gm butter – cairkan secara double boiler
1 ½ cawan gula castor
Sedikit esen vanila
4 biji telur - letak 5 biji sbb telur kecik
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
¾ cawan serbuk koko
Secubit garam
1 cawan kacang walnut @ apa2 kacang - dipecahkan kecil2 - letak 1/2 cwn cashew nut + 1/2 cwn cho chips.
Cara
Campurkan butter dengan gula castor dan esen vanila. Kita just gaulkan menggunakan whisker. Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan kacau biar sebati. Tuangkan tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko beserta garam. Masukkan 1 cwn kacang,kacau rata. Bakar brownies selama 30-35 minit pada suhu 180'C.
Nota : Acuan yg digunakan agak kecil, rasanya dlm 9 in x 9 in sahaja...dialas dengan kertas minyak.....dan ketinggian acuan sekadar 1 in sahaja....
Dikesempatan ini mamasya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ...sanak saudara,sahabat handai,rakan setugas ,sahabat alam maya dan jua pengunjung dapur mamasya tidak kira walau dimana berada jauh dan dekat...
Moga lebaran kali ini dapat diraikan dengan kegembiraan dan kesyukuran bersama orang-orang tersayang.Maaf zahir batin jika ada salah silap
Kami akan pulang beraya di kg....Trg dan Kel pada 8 September...jumpa lagi selepas raya.Kepada yg pulang ke kg...slmt pulang..slmt bertemu sanak saudara tersayang...berhati-hati memandu.
Tak sempat nak update gambar2 terkini di Fp...kalau nak tengok boleh
ke dapur baru Mamasya,klik di bawah..... :->
http://dapur-mamasya.blogspot.com/( Dapur Mamasya)